Assalamualaikum,
Lama tak menulis dalam blog ni, kekangan masa memang tak memeungkinkan aku menulis... hari ni Atie nak mengabadikan sebuah puisi yang dikarang khas oleh kawan Atie:
SRIKANDI
Jari Jemari Menghias Ukiran Ketabahan
Helahan Nafas Kadang Kala Layu
Namun Undur Tidak Bertamu
Tetap Gagah Walau Berliku
Manisnya Senyuman
Azimat Buat Meditasi Kekuatan
Selayaknya Kau Tunjang Harapan
Idola Buat Teman Seperjuangan
Walau Senja Berlabuh
TanganKu.... TanganMu...
Bersatu Walau Pejam Mata
Tak Kan Ku Hilang Dalam Gelita
Lafaz Ini Patri Janji
Wanita Sahut Seru
Satria Srikandi
Oleh: Aslam Yusoff
Puisi ini di deklamasi oleh anak daraku semasa sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran NGO Empower dulu.
Pengalaman bermakna buat Kak Long yang berani mencuba sesuatu yang baru...
Atie, 9.40pm 21/5/14,