Selasa, 24 April 2012

Menjaga Buah Pinggang

Tips Menjaga Buah Pinggang

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi (peberet plak tu) dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimumkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Sebenarnya penyakit hari ini banyak datang dari makanan.

Sabtu, 14 April 2012

Aku muncul kembali...

Salam,

Dah terlalu lam aku tak sempat nak update apa-apa pun sebab banyak sangat kerja yang harus aku buat tapi Selepas tu aku bersara sekejap dalam kata lain berehat untuk hilangkan kepenatan aku cuba untuk muncul kembali.

Sekarang aku kembali lagi dengan cara baru.. rasa cam nak buat 2 jadi penulis plak.


Atie