Selasa, 19 Ogos 2014

Buatmu Teman

Teman,
Perjalanan hidup ni kekadang memenatkan,
Kekadang tidak seperti aturan yang kita mahukan,
Kekadang buat kita Lelah..
Tapi,

Apa saja yang ingin lakukan selepas ini..
Apa jua keputusan yang kau Buat...
Please.. tolonglah.. sandarkanlah pada jalan Allah..
Fikirkanlah dengan sehabis-habisnya..

Ku tak ingin kau kecundang..
Ku tak ingin kau kelam....
Yang diKejar kau tak Dapat..
Yang dikendong kau keciciran...
Yang Rugi siapa......

Bicara ini bukan kerana dengki..
Bicara ini bukan kerana Iri Hati
Bicara ini bukan dari Hati yang Hitam,
Tapi......

Bicara ini dari hati yang tulus
Dari lubuk jiwa yang dalam..
Dari Kasih dan sayang..
Dari Sahabat kepada Sahabat...

Ku berdoa..
Apa saja keputusan dan keadaan mendatang
Ku sentiasa di belakang mu
Selagi kau perlukanku akan terus ku bersamamu..
Biarpun aku tidak bersuara tapi
Aku sering Berdoa Semoga..
Sahabat.... Berbahagialah engkau sentiasa....

Rabu, 11 Jun 2014

Quote


Tuhan memberikan Kita Dua kaki Untuk berjalan, Dua Tangan untuk Memegang, Dua Telinga untuk mmendengar, Dua Mata untuk melihat....
Tetapi mengapa tuhan hanya mengAnugerahkan Sekeping Hati pada Kita......
Kerana Tuhan telah memberikan Sekeping Lagi Hati pada Seseorang untuk Kita Mencarinya...
ItuLah NamanYa Cinta

Rabu, 21 Mei 2014

Assalamualaikum,

Lama tak menulis dalam blog ni, kekangan masa memang tak memeungkinkan aku menulis... hari ni Atie nak mengabadikan sebuah puisi yang dikarang khas oleh kawan Atie:

SRIKANDI

Jari Jemari Menghias Ukiran Ketabahan
Helahan Nafas Kadang Kala Layu
Namun Undur Tidak Bertamu
Tetap Gagah Walau Berliku

Manisnya Senyuman
Azimat Buat Meditasi Kekuatan
Selayaknya Kau Tunjang Harapan
Idola Buat Teman Seperjuangan

Walau Senja Berlabuh
TanganKu.... TanganMu...
Bersatu Walau Pejam Mata
Tak Kan Ku Hilang Dalam Gelita

Lafaz Ini Patri Janji
Wanita Sahut Seru
Satria Srikandi

Oleh: Aslam Yusoff

Puisi ini di deklamasi oleh anak daraku semasa sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran NGO Empower dulu.
Pengalaman bermakna buat Kak Long yang berani mencuba sesuatu yang baru...

Atie, 9.40pm 21/5/14,