Jumaat, 8 November 2013

Salam,

Hari ni Atie nak berbicara tentang perkahwinan.....

Setiap insan inginkan ikatan perkahwinan yang sempurna dalam hidupnya, tapi seandainya ia terduga atau dgn kata lain diuji oleh Allah. Bagi Atie, istilah bermadu tidak boleh ku terima... kenapa ????
Kerana Atie tidak ikhlas, tidak redha jadi macam mana si suami nak terlepas dari melangkah ke neraka...
Macam mana nak hidup dalam tangisan setiap saat.... Walau mencuba untuk redha sekalipun masih belum mampu untuk terima...

Terkadang Atie pelik jugak, biarpun berkali disakiti, dikhianati, dicurang namun hati ni masih menerima permohonan maafnya... pengakuan bersalahnya..... entahlah... kekadang terasa diri bodoh...
Mungkin ikatan halal ini yang mengikatku..... mengikat supaya terus memaafkan, menerima segala perbuatannya.... kerana bagiku Allah hanya uji hambanya yang mampu menerima ujiannya... Ya aTie masih mampu menghadapi ujian ini dengan tenang dan sabar.... Hanya ku berdoa supaya segala urusanku dipermudahkan oleh Allah.

Alhamdulillah, hidayah Allah sentiasa bersamaku... selepas pelbagai ujian darinya, Atie lebih mendekati Nya dan dapat mengharungi hidup ini dengan lebih tenang... Perasaan marah, kecewa, benci, suka, duka dan bahagia dapat ku tangani dengan sebaik-baiknya...
Benarlah kata orang... bahagia ni bukan datang dari orang lain, ia datang dari kita sendiri.. kalau kita ikhlaskan bahagia kita, Insyaallah kita akan bahagia...

Memaafkan orang yang mengkhianati kita amat sukar tapi sekiranya kemaafan itu membahagiakan semua orang yang kita sayang, tiada salahnya. Yang pasti Allah pasti akan bantu kita... Yakinlah kepada Nya... DIA pasti tidak akan mengecewakan kita.

Sekian dulu bebelan Atie,
Mau Layan anak belajar dulu......
Assalamualaikum

Khamis, 7 November 2013

Salam,

Sudah lama rasanya atie tak merapu dalam blogku ni disebabkan masalah laptop... dalam hp susah nak menulis la..

SekARang Atie dah kembali gilakan cerpen dan novel macam aTie remaja dulu...

Setiap hari dok baca novel dan cerpen online.. ye lah sekarangkan dah maju. zaman Atie muda-muda dulu mana de mudah cam ni nak layari internet...

Beruntungnya anak-anak zaman sekarang..... semuanya dihujung jari je...

Oklah, penat membebel... bye.