Rabu, 24 Februari 2016

Secebis kisah...

Luahanku

Sesunģuhnya aku tak sangka kisah yang aku selalu baca dalam cerpen dan novel tu benar-benar terjadi dalam kehidupan realiti. Tapi ye lah kan, penulis pun menulis berdasarkan pengalaman.

Bagaimana seorang lelaki normal boleh bertahan dan tidak pernah dibenarkan berjimak dengan isteri sendiri yg sihat walaufiat. Enam tahun mengadap dan meminta dari siisteri namun tidak pernah isteri membenarkan dirinya disentuh.

Kuat sangatkah iman si suami memandang si isteri yang halal untuk digauli tetapi sentiasa dinafikan haknya. Sudah puas si suami meminta isteri meminta bantuan keluarga andai punya masalah tapi egonya siisteri terlalu besar.

Isteri takut andai suami meninggalkannya tapi  entahlah... Perkahwinan berlaku untik menghalalkan hubungan yang haram, mendapatkan zuriat, membina keluarga tapi mana mungkin itu terjadi kalau suamiisteri tak pernah berjimak. 

Sabar suami ada hadnya, enam tahun sudah berlalu namun isteri masih meninggi egonya, tidak sedar salah sendiri biar berkali dinasihati. Mana maruah suami... patutnya maruah sumi dijaga serapi mungkin sebagaimana si suami menjaga maruah isteri dgn tidak menceritakan kelemahn isteri kepada sesiapapun...

Bagi aku ini berkaitan sakit, bkn aib yang patut diselindungi. Masa untuk mengubati... 

Harap dia temui kebahagiaan...

Rabu, 27 Januari 2016

Rasa

Rasa,

Apa yang kita rasa bila kepercayaan tiada pada kita lagi.. Segala pengorbanan kita selama ini langsung tiada makna. Dibuang macam sampah...

Hahahahha... itu lumrah kerja... sehebat dan seikhlas manapun kita kerja, bila ada sang hitam... susah untuk dimengertikan...

Tapi tak mengapa.. mesti ada hikmah besar disebaliknya, Aku harus redha dan teruskan hidup.. 
Langit tak selalunya cerahkan... kekadang mendung.. kekadang hujan ...

Emosi aku agak tak stabil terkebelakangan ini, hahhahaha....

Weh.. gelak penawar stress tau, so aku gelaklah walau hati ni sakit sangat... senyum lah weh...




Selasa, 19 Ogos 2014

Buatmu Teman

Teman,
Perjalanan hidup ni kekadang memenatkan,
Kekadang tidak seperti aturan yang kita mahukan,
Kekadang buat kita Lelah..
Tapi,

Apa saja yang ingin lakukan selepas ini..
Apa jua keputusan yang kau Buat...
Please.. tolonglah.. sandarkanlah pada jalan Allah..
Fikirkanlah dengan sehabis-habisnya..

Ku tak ingin kau kecundang..
Ku tak ingin kau kelam....
Yang diKejar kau tak Dapat..
Yang dikendong kau keciciran...
Yang Rugi siapa......

Bicara ini bukan kerana dengki..
Bicara ini bukan kerana Iri Hati
Bicara ini bukan dari Hati yang Hitam,
Tapi......

Bicara ini dari hati yang tulus
Dari lubuk jiwa yang dalam..
Dari Kasih dan sayang..
Dari Sahabat kepada Sahabat...

Ku berdoa..
Apa saja keputusan dan keadaan mendatang
Ku sentiasa di belakang mu
Selagi kau perlukanku akan terus ku bersamamu..
Biarpun aku tidak bersuara tapi
Aku sering Berdoa Semoga..
Sahabat.... Berbahagialah engkau sentiasa....

Rabu, 11 Jun 2014

Quote


Tuhan memberikan Kita Dua kaki Untuk berjalan, Dua Tangan untuk Memegang, Dua Telinga untuk mmendengar, Dua Mata untuk melihat....
Tetapi mengapa tuhan hanya mengAnugerahkan Sekeping Hati pada Kita......
Kerana Tuhan telah memberikan Sekeping Lagi Hati pada Seseorang untuk Kita Mencarinya...
ItuLah NamanYa Cinta

Rabu, 21 Mei 2014

Assalamualaikum,

Lama tak menulis dalam blog ni, kekangan masa memang tak memeungkinkan aku menulis... hari ni Atie nak mengabadikan sebuah puisi yang dikarang khas oleh kawan Atie:

SRIKANDI

Jari Jemari Menghias Ukiran Ketabahan
Helahan Nafas Kadang Kala Layu
Namun Undur Tidak Bertamu
Tetap Gagah Walau Berliku

Manisnya Senyuman
Azimat Buat Meditasi Kekuatan
Selayaknya Kau Tunjang Harapan
Idola Buat Teman Seperjuangan

Walau Senja Berlabuh
TanganKu.... TanganMu...
Bersatu Walau Pejam Mata
Tak Kan Ku Hilang Dalam Gelita

Lafaz Ini Patri Janji
Wanita Sahut Seru
Satria Srikandi

Oleh: Aslam Yusoff

Puisi ini di deklamasi oleh anak daraku semasa sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran NGO Empower dulu.
Pengalaman bermakna buat Kak Long yang berani mencuba sesuatu yang baru...

Atie, 9.40pm 21/5/14,

Jumaat, 8 November 2013

Salam,

Hari ni Atie nak berbicara tentang perkahwinan.....

Setiap insan inginkan ikatan perkahwinan yang sempurna dalam hidupnya, tapi seandainya ia terduga atau dgn kata lain diuji oleh Allah. Bagi Atie, istilah bermadu tidak boleh ku terima... kenapa ????
Kerana Atie tidak ikhlas, tidak redha jadi macam mana si suami nak terlepas dari melangkah ke neraka...
Macam mana nak hidup dalam tangisan setiap saat.... Walau mencuba untuk redha sekalipun masih belum mampu untuk terima...

Terkadang Atie pelik jugak, biarpun berkali disakiti, dikhianati, dicurang namun hati ni masih menerima permohonan maafnya... pengakuan bersalahnya..... entahlah... kekadang terasa diri bodoh...
Mungkin ikatan halal ini yang mengikatku..... mengikat supaya terus memaafkan, menerima segala perbuatannya.... kerana bagiku Allah hanya uji hambanya yang mampu menerima ujiannya... Ya aTie masih mampu menghadapi ujian ini dengan tenang dan sabar.... Hanya ku berdoa supaya segala urusanku dipermudahkan oleh Allah.

Alhamdulillah, hidayah Allah sentiasa bersamaku... selepas pelbagai ujian darinya, Atie lebih mendekati Nya dan dapat mengharungi hidup ini dengan lebih tenang... Perasaan marah, kecewa, benci, suka, duka dan bahagia dapat ku tangani dengan sebaik-baiknya...
Benarlah kata orang... bahagia ni bukan datang dari orang lain, ia datang dari kita sendiri.. kalau kita ikhlaskan bahagia kita, Insyaallah kita akan bahagia...

Memaafkan orang yang mengkhianati kita amat sukar tapi sekiranya kemaafan itu membahagiakan semua orang yang kita sayang, tiada salahnya. Yang pasti Allah pasti akan bantu kita... Yakinlah kepada Nya... DIA pasti tidak akan mengecewakan kita.

Sekian dulu bebelan Atie,
Mau Layan anak belajar dulu......
Assalamualaikum

Khamis, 7 November 2013

Salam,

Sudah lama rasanya atie tak merapu dalam blogku ni disebabkan masalah laptop... dalam hp susah nak menulis la..

SekARang Atie dah kembali gilakan cerpen dan novel macam aTie remaja dulu...

Setiap hari dok baca novel dan cerpen online.. ye lah sekarangkan dah maju. zaman Atie muda-muda dulu mana de mudah cam ni nak layari internet...

Beruntungnya anak-anak zaman sekarang..... semuanya dihujung jari je...

Oklah, penat membebel... bye.