Isnin, 24 Ogos 2009

RAMADHAN DATANG LAGI


Selamat memulakan ibadah puasa kepada semua Umat Islam di Dunia ini.

SEMOGA TAHUN INI AMALAN KU AKAN BERTAMBAH LAGI

AMINNNNNNNN

Sabtu, 2 Mei 2009

Wak Kerang Corner Kembali

Assalamualaikum,

Gerai WKC telah beroperasi kembali setelah beberapa bulan berehat atas masalah kewangan dan kesihatan. Banyak perubahan telah dilakukan..

Yang pasti Kerang, Sup Tulang dan Nasi Ayam masih menjadi keutamaan. Kalau nak rasa Sup Tulang yang terangkat .. Mai lah ke Gerai Wak Kerang Corner... Pasti puas hati.................

WKC menyediakan sos kerang yang dibuat sendiri.. sos yang lain daripada yang lain... Kalau tak rasa memang rugi sangat....

Ok lah kalau rasa nak datang carilah Wak Kerang Corner di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya... Tepi trafficlight nak masuk Up-Town D'Kota.

Atie

Jumaat, 24 April 2009

Pening-pening


Assalamualaikum,


Sekarang ni banyak betul kerja saya... Kerja kebajikan banyak betul cabarannya.. Ada satu kes tu .. dia kata orang miskin, tak cukup makan, nak pegi sekolah tak ada duit tapi kat rumah Astro yang RM90.00 boleh pulak bayar tiap bulan. Bil-bil tak bayar biarpun tak sampai RM90.00 pun jumlah bilnya.


Sebenarnya saya naik boring dengan semua ni.. dek kerana ada segelintir yang mementingkan diri sendiri macam tu ramai yang betul-betul memerlukan lambat mendapat bantuan mereka. Tapi nak buat macam mana, inilah dunia namanya...

Ahad ni Member Of Kota Damansara buat Hari Bumi.. Jomlah beramai-ramai sertai program ini...

Ok sehingga lain hari...

jumpa lagi.......

Atie 1.14pm


Sabtu, 14 Mac 2009

Muktazzah,


Assalamualaikum,

Dulu semasa mengandung aku ada menjaga seorang anak angkat yang comel tetapi hidupnya penuh dugaan. Semasa mak dia tinggalkan dengan aku.. mak dia kena tangkap polis kerana tak ada kad pengenalan.. Kad dia kena curi.. dah tu malas nak buat...

umur dia masa tu lima tahun.. aku bawa dia ke kampung halaman selama setahun sementara menunggu masa untuk bersalin. Seronok sangat dia masa tu sebab dia ada atuk, nenek dan pak cik-pakcik serta mak cik yang dia tak pernah ada selama ini. Kasih sayang buat dia jadi baik, dulu dia nakal sangat dan ibunya dulu banyak mengajarnya mengambil barang orang lain.

Tetapi setelah bersama aku di kampung dia jauh berubah, tak ambil barang orang lagi, tak nakal lagi tapi semua tu tidak lama... Setelah ibunya keluar dari lokap dan dah ada pakwe dia datang balik ambil anaknya..

Dia yang semasa denganku sudah tembam kembali kurus kering, sering demam sehingga ada satu ketika dia dibawa ke hospital kerana demam panas ( suhu 40'C ) sehingga aku dan suamiku bergegas ke hospital dan sebaik sahaja kami sampai di wadnya dia memegang erat suamiku dan anakku.. Rindu sangat katanya. Selang beberapa minit kami sampai doktor yang memeriksa terkejut suhu badannya turun ke paras normal kembali.

Dia dibenarkan keluar hari tu dan aku bawa balik sehingga dia benar-benar sembuh. Tetapi sekarang alhamdulillah aku sudah tidak mendengar rungutan dari dia lagi.. Katanya ibunya telah berubah setelah berkahwin dan dia dijaga dengan baik oleh ibunya. Dia telah bersekolah sekarang dan masih lagi berhubung dengan kami.

Kami sentiasa rindukan saat kami bersama sekeluarga, kau tetap kak Long dalam keluarga kita.

Atie

Khamis, 26 Februari 2009


Sejak start blogging aku tak sempat untuk menulis sebarang artikel dalam blogku ini. Banyak kerja yang harus aku lakukan...maklumkan bila kerja yang berkaitan dengan kebajikan banyak yang memenatkan ...

Aku sebenarnya seorang isteri yang baru setahun menjadi ibu.. Itupun setelah enam tahun mencuba.. Aku bersyukur walaupun bertahun menanti aku dapat juga bergelar seorang ibu kepada seorang cahayamata perempuan yang ku namakan Lisa.

Setelah umurnya 9 bulan aku terpaksa bekerja padahal selama ini aku merupakan surirumah tapi kekadang aku tolong mertuaku memasak di gerai miliknya.

Tapi sekarang banyak yang dapat aku pelajari setelah bekerja dan apa yang paling tak dapat aku lupakan bila anak ku yang tak minum susu formula telah mula minum susu tersebut setelah 3 bulan aku bekerja tapi aku masih lagi memberikannya susu badan..

Dia seolah-olah dapat berdikari semasa ketiadaan aku...Rindu sangat aku pada dia...rasa nak je balik cepat tapi hari ni aku ada meeting .. terpaksalah...

Sekian dulu....



Rabu, 11 Februari 2009

Bicara satu

Assalamualaikum,

Bicaraku baru bermula hari ini,

Banyak yang akan ku bicarakan nanti.

Yang pasti semuanya telah bermula..

Atie