Sabtu, 14 Mac 2009

Muktazzah,


Assalamualaikum,

Dulu semasa mengandung aku ada menjaga seorang anak angkat yang comel tetapi hidupnya penuh dugaan. Semasa mak dia tinggalkan dengan aku.. mak dia kena tangkap polis kerana tak ada kad pengenalan.. Kad dia kena curi.. dah tu malas nak buat...

umur dia masa tu lima tahun.. aku bawa dia ke kampung halaman selama setahun sementara menunggu masa untuk bersalin. Seronok sangat dia masa tu sebab dia ada atuk, nenek dan pak cik-pakcik serta mak cik yang dia tak pernah ada selama ini. Kasih sayang buat dia jadi baik, dulu dia nakal sangat dan ibunya dulu banyak mengajarnya mengambil barang orang lain.

Tetapi setelah bersama aku di kampung dia jauh berubah, tak ambil barang orang lagi, tak nakal lagi tapi semua tu tidak lama... Setelah ibunya keluar dari lokap dan dah ada pakwe dia datang balik ambil anaknya..

Dia yang semasa denganku sudah tembam kembali kurus kering, sering demam sehingga ada satu ketika dia dibawa ke hospital kerana demam panas ( suhu 40'C ) sehingga aku dan suamiku bergegas ke hospital dan sebaik sahaja kami sampai di wadnya dia memegang erat suamiku dan anakku.. Rindu sangat katanya. Selang beberapa minit kami sampai doktor yang memeriksa terkejut suhu badannya turun ke paras normal kembali.

Dia dibenarkan keluar hari tu dan aku bawa balik sehingga dia benar-benar sembuh. Tetapi sekarang alhamdulillah aku sudah tidak mendengar rungutan dari dia lagi.. Katanya ibunya telah berubah setelah berkahwin dan dia dijaga dengan baik oleh ibunya. Dia telah bersekolah sekarang dan masih lagi berhubung dengan kami.

Kami sentiasa rindukan saat kami bersama sekeluarga, kau tetap kak Long dalam keluarga kita.

Atie